|
Pernahkah anda melihat bangkai tikus yang mati akibat dilanggar di ketika anda berjalan-jalan di sekitar bandar di Lembah Klang? Fenomena ini telah menjadi satu kebiasaan. Ini membuktikan bahawa terdapat banyak tikus yang mendiami longkang2 dan persekitarannya di kawasan bandar2 di Lembah Klang. Yang menariknya, bangkai2 tikus ini tidak pula menjadi rebutan gagak2 yang berterbangan dipersekitaran bangkai berkenaan. Kenapa boleh jadi begitu? Adakah gagak tidak suka tikus? Adakah gagak2 itu sudah muak memakan tikus? Haiwan lain yang turut memeriahkan koloni haiwan di bandar2 ialah anjing2 liar dan juga kucing2. Oleh itu tidak hairanlah jika satu hari nanti bandar2 di Lembah Klang khususnya dan di Malaysia amnya boleh dilabelkan sebagai bandar mesra haiwan!
|