Entry: Berbuat Baik kepada sekalian orang lain akan Melapangkan Dada Jun 7, 2009



Kebajikan itu sebaik namanya, keramahan pula seramah wujudnya, dan kebaikan itu sebaik jua rasanya. Dan, orang yang pertama-tama sekali yang akan merasakan manfaat dari semua itu adalah mereka yang melakukannya. Mereka akan merasakan ¡®buah¡¯nya seketika itu juga didalam Jiwa, akhlak dan nurani mereka. Sehingga mereka pun selalu merasa lapang dada, tenang dan tenteram lagi damai.

Ketika diri diselubungi keresahan, kebimbangan, ketakutan, kesedihan dsbnya, berbuat baiklah seketika itu juga terhadap sesiapa saja dihadapan kita, nescaya kedamaian dan ketenangan mekar didalam Hati dan Jiwa. Bersedekahlah dengan berapa saja yang ada didalam poket dan dompet anda, didalam rumah anda, dan dimana-mana saja yang ada yang boleh anda beri dan kongsikan dengan sesiapa jua. Tolonglah orang-orang yang melarat dan dizalimi, berilah makan mereka yang kelaparan (termasuk ahli keluarga kita), ziarahilah orang yang sakit dan meninggal dunia, nescaya kebahagiaan menjadi milik anda!

Amal perbuatan yang baik laksana wangian yang tidak hanya mendatangkan manfaat terhadap pemakainya, tetapi juga terhadap orang-orang yang disekitarnya. Manfaat Psikologi dari sebuah kebajikan itu seumpama ubat-ubatan yang mujarab yang dapat menyembuhkan kesedihan dan kelukaan hati bagi mereka, orang-orang yang baik.

Menyimpulkan senyuman kepada orang-orang yang miskin akhlaq-nya merupakan sedekah jariyyah. Ia tersirat didalam tuntutan akhlaq yang berbunyi;

¡°Sekalipun engkau bertemu dengan saudaramu dengan berwajah ceria.¡± (Al Hadith)

Sesungguhnya kesugulan dan kemurungan wajah merupakan tanda ¡®Permusuhan¡¯ terhadap semua manusia, haiwan dan tumbuhan, yang hanya diketahui terjadinya oleh Sang Maha Pencipta.

Seteguk air yang diberikan seorang pelacur kepada seekor anjing yang kehausan dapat mem ¡®buah¡¯kan Syurga yang seluas langit dan bumi kepadanya. Ini merupakan bukti bahawa Sang Pemberi Pahala adalah Dzat yang Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun, Maha Baik dan sangat mencintai Kebajikan, serta Maha Kaya lagi Maha Terpuji.

Wahai saudaraku sekalian yang merasa terancam oleh himpitan kesusahan hidup, kesengsaraan, kebimbangan, kesedihan dan ketakutan, kunjungilah taman-taman kebajikan, sibukkan diri dengan memberi dan berkongsi, membantu dan menolong sesama saudara kalian. Jika kita tiada suka memberi, berkongsi, membantu dan menolong sesama kita, sangat pasti tiada siapa akan memberi, berkongsi, membantu dan menolong kita. Ianya sebuah Hukum yang Mutlak, baik dalam Sains mahupun Kerohanian.

¡°Sedang Ia tidak menanggung budi sesiapapun, yang patut dibalas, hanyalah mengharapkan keredhaan Tuhannya yang Maha Tinggi; dan demi sesungguhnya, ia tetap akan berpuas hati (pada hari Akhirat, dengan mendapat segala yang diharapkannya.)¡± (QS Al Lail: 19-21)

Adanya Mitologi Sains yang menyatakan bahawa; dari setiap Tindakan, adanya Tindakbalas yang Sepadan dan Bertentangan. Jika kita berkehendak menjadi Kaya dengan Wang Ringgit dan Harta, maka kita juga MESTI bersikap memberi dan berkongsi Wang Ringgit dan Harta dari SEKARANG! Jika kita menunggu dan berandaian 'setelah' menjadi Kaya baru nak boleh memberi dan berkongsi, saya PASTI, anda tidak akan Kaya! Saya telah menemukan dan melihat banyak buktinya...

   1 comments

malaysia web design
July 3, 2009   04:15 PM PDT
 
KAYA DI DUNIA HANYA SEKETIKA

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments