|
Jun 15, 2009
Life is a mixture of sunshine and rain tear drops laughter, pleasure and pain there may be dark clouds but one thing is true no cloud is so dark that the sun can't shine through Good day Know which are the difference enter, You and the stars? Simple, The stars shine in the sky, You shine in my heart
Posted at 08:21 am by kasih_honey
Permalink
Jun 14, 2009
Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan. ``Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh. ``Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,'' katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit' di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini. Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a..w. Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri. ``Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,'' katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu. Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik. ``Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,'' kata Fadzilah. P.s: ada sebabnya Nabi SAW menggalakkan ummatnya berkahwin...  )
Posted at 08:03 am by kasih_honey
Permalink
Jun 13, 2009
Morning Thought Start you day with good thought¡¡¡. If you want something you never had, Do something you have never done. Don't go the way life takes you. Take life the way you want to go. And remember you are born to live And not living because you are born. Life begins today and looks forward to tomorrow, growing, Renewing, beginning again. Start again mid happily my dear friend I wish the best day & night for YOU... KISSES AND HUGS YOU HONEY
Posted at 07:32 am by kasih_honey
Permalink
Jun 12, 2009
Somebody to love me - Kellie Pickler
Sometimes the night seems so lonely When your lying there all alone And tomorrow seems so far away I don't wanna live another day this way.
Scared to love someone else Can't bear the hurt again But my body needs to feel a touch Someone to come and wake me up.
I just want somebody to love me. I just need somebody to hold me. Somebody to love me...
Don't wanna let life pass me by Never knowning what its like To be as real as real can be To share my life and know my dreams.
I just want somebody to love me. I just need somebody to hold me. Somebody to love me...
Cause I'm hurt and I'm scared and I'm lonely All I want is somebody to want me Cause I've got so much to give.
I just want somebody to love me. I just need somebody to hold me. Somebody to love me...
Posted at 08:34 am by kasih_honey
Permalink
Jun 11, 2009
Smile A hug to say I need you A hug to say I care when the nights are cold and lonely I promise I'll be there Though the miles separate us my love for you still grows Though I can t be there to hold you You re always in my heart Just close your eyes a moment just listen carefully You ll hear my voice calling in the whisper of the breeze You ll know that I am with you as each new sunrise comes You ll know how much I love you as the moon softly sheds her light As you lay there sweetly sleeping feel the touch of my loving hands A hug to say I Love You till we re together again kisses and hugs you take care ... have a nice time and good night honey
Posted at 08:09 am by kasih_honey
Permalink
Jun 10, 2009
1. Tidak mengambil sarapan pagi
- Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.
2. Terlebih makan
- Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.
3. Perokok
- Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'.
4. Penggunaan gula yang berlebihan
- Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.
5. Pencemaran udara
- Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.
6. Terlebih tidur
- Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.
7. Menutup muka ketika tidur
- Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.
8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
- Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.
9. Kurang berimiginasi
- Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.
10. Jarang berfikir
- Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.
Posted at 08:40 am by kasih_honey
Permalink
Jun 9, 2009
Pernahkah anda melihat bangkai tikus yang mati akibat dilanggar di ketika anda berjalan-jalan di sekitar bandar di Lembah Klang? Fenomena ini telah menjadi satu kebiasaan. Ini membuktikan bahawa terdapat banyak tikus yang mendiami longkang2 dan persekitarannya di kawasan bandar2 di Lembah Klang.
Yang menariknya, bangkai2 tikus ini tidak pula menjadi rebutan gagak2 yang berterbangan dipersekitaran bangkai berkenaan. Kenapa boleh jadi begitu? Adakah gagak tidak suka tikus? Adakah gagak2 itu sudah muak memakan tikus?
Haiwan lain yang turut memeriahkan koloni haiwan di bandar2 ialah anjing2 liar dan juga kucing2. Oleh itu tidak hairanlah jika satu hari nanti bandar2 di Lembah Klang khususnya dan di Malaysia amnya boleh dilabelkan sebagai bandar mesra haiwan!
Posted at 08:11 am by kasih_honey
Permalink
Jun 8, 2009
Diambil dari blog seseorang untuk bacaan anda, pembaca blog ini.
Di tepian pantai yang indah permai Kanak-kanak membina istana pasir Dan disaksikan oleh sepasang insan Sedang dalam percintaan
Yang sungguh hati mereka berdua Kerana istana akan mereka bina Hanya menunggu saat-saat bahagia Jelas terbayang di mata
Sedang mereka terpesona Melihat kanak-kanak gembira Hujan pun turun tiba-tiba Musnahlah oh istana
Tergugatlah perasaan mereka Kerana takut akan terjadi Pada istana yang bakal dibina Pada istana yang bakal dibina
Hiduplah semula semangat dihati Melihat kanak-kanak sambung kembali Begitu megah hati sepasang insan Melihat ketabahan ini
Posted at 08:54 am by kasih_honey
Permalink
Jun 7, 2009
Berbuat Baik kepada sekalian orang lain akan Melapangkan Dada
Kebajikan itu sebaik namanya, keramahan pula seramah wujudnya, dan kebaikan itu sebaik jua rasanya. Dan, orang yang pertama-tama sekali yang akan merasakan manfaat dari semua itu adalah mereka yang melakukannya. Mereka akan merasakan ¡®buah¡¯nya seketika itu juga didalam Jiwa, akhlak dan nurani mereka. Sehingga mereka pun selalu merasa lapang dada, tenang dan tenteram lagi damai.
Ketika diri diselubungi keresahan, kebimbangan, ketakutan, kesedihan dsbnya, berbuat baiklah seketika itu juga terhadap sesiapa saja dihadapan kita, nescaya kedamaian dan ketenangan mekar didalam Hati dan Jiwa. Bersedekahlah dengan berapa saja yang ada didalam poket dan dompet anda, didalam rumah anda, dan dimana-mana saja yang ada yang boleh anda beri dan kongsikan dengan sesiapa jua. Tolonglah orang-orang yang melarat dan dizalimi, berilah makan mereka yang kelaparan (termasuk ahli keluarga kita), ziarahilah orang yang sakit dan meninggal dunia, nescaya kebahagiaan menjadi milik anda!
Amal perbuatan yang baik laksana wangian yang tidak hanya mendatangkan manfaat terhadap pemakainya, tetapi juga terhadap orang-orang yang disekitarnya. Manfaat Psikologi dari sebuah kebajikan itu seumpama ubat-ubatan yang mujarab yang dapat menyembuhkan kesedihan dan kelukaan hati bagi mereka, orang-orang yang baik.
Menyimpulkan senyuman kepada orang-orang yang miskin akhlaq-nya merupakan sedekah jariyyah. Ia tersirat didalam tuntutan akhlaq yang berbunyi;
¡°Sekalipun engkau bertemu dengan saudaramu dengan berwajah ceria.¡± (Al Hadith)
Sesungguhnya kesugulan dan kemurungan wajah merupakan tanda ¡®Permusuhan¡¯ terhadap semua manusia, haiwan dan tumbuhan, yang hanya diketahui terjadinya oleh Sang Maha Pencipta.
Seteguk air yang diberikan seorang pelacur kepada seekor anjing yang kehausan dapat mem ¡®buah¡¯kan Syurga yang seluas langit dan bumi kepadanya. Ini merupakan bukti bahawa Sang Pemberi Pahala adalah Dzat yang Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun, Maha Baik dan sangat mencintai Kebajikan, serta Maha Kaya lagi Maha Terpuji.
Wahai saudaraku sekalian yang merasa terancam oleh himpitan kesusahan hidup, kesengsaraan, kebimbangan, kesedihan dan ketakutan, kunjungilah taman-taman kebajikan, sibukkan diri dengan memberi dan berkongsi, membantu dan menolong sesama saudara kalian. Jika kita tiada suka memberi, berkongsi, membantu dan menolong sesama kita, sangat pasti tiada siapa akan memberi, berkongsi, membantu dan menolong kita. Ianya sebuah Hukum yang Mutlak, baik dalam Sains mahupun Kerohanian.
¡°Sedang Ia tidak menanggung budi sesiapapun, yang patut dibalas, hanyalah mengharapkan keredhaan Tuhannya yang Maha Tinggi; dan demi sesungguhnya, ia tetap akan berpuas hati (pada hari Akhirat, dengan mendapat segala yang diharapkannya.)¡± (QS Al Lail: 19-21)
Adanya Mitologi Sains yang menyatakan bahawa; dari setiap Tindakan, adanya Tindakbalas yang Sepadan dan Bertentangan. Jika kita berkehendak menjadi Kaya dengan Wang Ringgit dan Harta, maka kita juga MESTI bersikap memberi dan berkongsi Wang Ringgit dan Harta dari SEKARANG! Jika kita menunggu dan berandaian 'setelah' menjadi Kaya baru nak boleh memberi dan berkongsi, saya PASTI, anda tidak akan Kaya! Saya telah menemukan dan melihat banyak buktinya...
Posted at 08:04 am by kasih_honey
Permalink
Jun 6, 2009
Merenunglah dan Bersyukurlah
Setiap manusia seharusnya selalu mengingati nikmat yang Allah kurniakan kepada mereka, dengan tidak menjadi Bodoh lagi Dungu. Kerana, nikmat-Nya meliputi dari rerambut hingga ke bawah kedua telapak kaki, kesihatan badan, keamanan negara, hutan belantara, udara dan air, serta banyak lagi lainnya adalah nikmat yang telah diberikan Allah kepada kita.
¡°... sekiranya kalian menghitung nikmat-nikmat Allah, nescaya kalian tidak akan dapat menghitungnya!¡± (QS Ibrahim: 34)
Demikian besar nikmat Allah yang telah dianugerahkan kepada kita. Dunia ini, beserta apa yang ada didalamnya diciptakan Allah untuk sekalian manusia, tetapi kebanyakan kita tidak pernah menyedari atau mengambil peduli akan keterangan itu, kita menguasai kehidupan tetapi kebanyakan kita suka bersikap Bodoh lagi Dungu sepanjang MASA!
¡°Dia telah memberikan nikmat-nikmat-Nya secara sempurna kepada kalian, baik yang zahir mahupun batin...¡± (QS Luqman: 20)
Kamu masih mempunyai 2 mata, 2 telinga, 2 lubang hidung, 2 tangan dan 2 kaki.
¡°Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu hendak dustakan?¡± (QS Ar Rahmaan: 13)
Apakah kamu mengira bahawa, berjalan dengan kedua kaki itu merupakan sesuatu yang biasa, sedang ramai juga yang tidak berkaki? Apakah nikmatnya tidur bermimpi akan kecantikan para wanita yang ada seluruh dunia ini, sementara ramai lagi yang tidak boleh tidur kerana masalah hutang, wang ringgit dan penyakit!? Pernahkah kamu merasa nista ketika menikmati makanan yang lazat dan minuman yang membasahkan tekakmu, sementara begitu ramai sekarang ini yang tidak dapat makan dan minum oleh kerana penyakit dan kesakitan dalam hospital seluruh Malaya ini?
Renungkanlah saja, betapa besar nikmat yang kamu sedia ada ini. Mempunyai komputer dan internet untuk boleh melihat kecantikan ramai wanita dan lelaki lain yang sudah dan belum berkeluarga. Perhatikan sedalamnya fungsi Otak kamu! Kamu masih belum Gila, hanya baru dikatakan Bodoh lagi Dungu, pun tidak mahu juga bertaubat!
Kecewa, marah, sedih, benci, geram hanya kerana kemesraan sumbang kalian terbongkar dan terhalang oleh kerana sebuah blog yang mengandungi teguran dan nasihat. Sudah tiada siapa yang menegur kalian selama ini makanya seluruh muslim yang ada dalam rangkaian ini percuma je menanggung dosa melihat dan membiarkan kemungkaran kalian! Pi lah tanya kat semua, mahu ke dosa percuma? Ia bukan soal hendak menyelak kain sesiapa, ia persoalan akidah dan nasihat kepada semua!
¡°Pada diri kalian terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah. Apakah kalian tidak memperhatikannya?¡± (QS Adz Dzariyat: 21)
Lihat diri anda, keluarga anda, rumah, pekerjaan, kesihatan dan dunia sekeliling anda. Dan janganlah termasuk didalam golongan;
¡°Mereka mengetahui bahawa semua nikmat yang ada berasal dari Allah, tetapi mereka mengingkarinya...¡± (QS An Nahl: 83)
Mengingkarinya dengan sesaja menjadi Bodoh lagi Dungu, oh, ianya sangat merugikan sekali. Mulakanlah dengan memupuk kemesraan dan kasih sayang terhadap sekalian ahli keluarga kita, barulah yang lain akan menyusul, effortlessly.
Selamat menikmati hidup dengan Barakah dari Allah SWT.
Posted at 08:27 am by kasih_honey
Permalink
|