|
Jun 5, 2009
Demi Melayu Sokonglah Umno
Artikel di bawah di ambil dari blog seseorang untuk renungan bersama dengan pembaca setia blog ini...
Ada seorang pembaca yang selalu SMS kepada saya. Dia ini tergolong dalam kelompok yang sangat kuat semangat Melayunya. Saya jarang menjawab.
Baru-baru ini dia menulis dengan panjang lebar, dan menghantarnya bersambung-sambung. Barangkali kalau disatukan ia menjadi lebih panjang daripada artikel ini.
Saya ucapkan terima kasih kepada Sulaiman, kerana sudi berhujah panjang lebar kepada saya bahawa sekiranya PAS benar-benar bermatlamat hendak menegakkan negara Islam ia sepatutnya bekerjasama dengan Umno, dan bukannya dengan DAP.
Kenapa PAS tak boleh bekerjasama dengan Umno yang ahlinya sebangsa dan seagama dengan kita, sebaliknya boleh pula bekerjasama dengan DAP yang beberapa orang pemimpinnya secara terang-terang menentang idea penubuhan negara Islam?
Sebenarnya bukan Sulaiman seorang sahaja yang berpandangan begitu. Sebelum ini pun ada beberapa orang pernah menghantar mesej yang kira-kira serupa, dan meminta saya memberi penjelasan. Malah di luar sana saya percaya masih ramai lagi orang Melayu yang berpandangan demikian.
Tidak salah kalau kita bersemangat Melayu. Tetapi bersemangat Melayu itu tidak semestinya Umno, kerana Umno hari ini tidak sama lagi dengan Umno sewaktu ia ditubuhkan dulu. Memang dulu Umno berjuang untuk memajukan orang Melayu. Dan memang Umno ditubuhkan pun untuk berjuang bagi membela kepentingan orang Melayu. Tetapi itu dulu.
Orang Umno dulu dengan orang Umno sekarang tak sama. Orang Umno sekarang bukan lagi berjuang untuk orang Melayu. Orang Umno sekarang berjuang untuk diri mereka dan kaum kerabat mereka dan sahabat handai mereka sahaja.
Dan perjuangan orang Umno sekarang pun terhad kepada perjuangan untuk kepentingan ekonomi mereka sahaja. Bukan untuk kepentingan ekonomi orang Melayu, dan apatah lagi untuk kepentingan agama dan budaya orang Melayu; jauh sekali.
Jadi apa yang Sulaiman dan orang-orang seperti Sulaiman hendak mengharapkan lagi kepada Umno? Tak ada apa yang boleh diharapkan pun, kecuali kalau Sulaiman nak mengharapkan untuk mendapat apa-apa kontrak perniagaan.
Itupun Sulaiman hendaklah terlebih dahulu 'join' dan menjadi orang mereka.
Apa maksudnya tu? Maksudnya Sulaiman janganlah lagi berfikir untuk membela nasib dan kepentingan orang Melayu, atau berfikir untuk memajukan bangsa Melayu. Tak boleh.
Nak sokong gerakan menentang Pengajaran dan Pembelajaran Sains Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) pun tak boleh. Biarlah kalau ramai anak-anak orang Melayu tak boleh belajar kerana tak faham bahasa Inggeris pun, tak mengapa.
Ha, itulah Umno sekarang. Dah jadi macam itu. (Dah tak kenal bahasa sendiri pun). Tak boleh nak dibuat apa-apa lagi dah. Tak boleh nak diperbaiki lagi. Tak ada ubatnya lagi dah.
Sakit di dalamnya dah terlalu teruk. Nak potong sebelah kaki pun tak boleh, nak potong sebelah tangan pun tak boleh. Kena biarkan dia reput hancur saja. Dan memang dia sedang menuju kehancuran pun.
Minta maaflah Sulaiman. Saya pun ada kawan-kawan baik orang Umno, yang sangat sayang kepada Umno kerana mengenangkan jasa parti itu telah banyak berjuang untuk orang Melayu. Tapi apa nak buat! Dah sampai masa. Kita kena terima realiti perubahan. Kita kena terima hakikat.
Ini bukan persepsi orang PAS ataupun persepsi orang di Harakah, seperti yang disebut oleh Sulaiman. Ini realiti perubahan yang sedang berlaku dalam masyarakat hari ini. Buka mata, buka minda. Jangan takut kepada perubahan.
Lebih 50 tahun Umno berpeluang untuk menunjukkan dan membuktikan bahawa dia itu parti yang berjuang untuk memajukan orang Melayu. Tetapi lihatlah apa yang berlaku di Pulau Pinang, misalnya. Orang Melayu masih jauh tertinggal. Kenapa apabila Pulau Pinang dikuasai DAP baru kita nak sibuk pasal nasib orang Melayu di situ? Begitu juga di Perak.
Apakah 50 tahun peluang yang diberikan kepada Umno itu tidak mencukupi? Sudahlah! Saya dah sebut tadi. Sebenarnya saya malas nak bercakap pasal Umno ni.
Kadang-kadang Umno ni nampak macam masih kuat tu bukannya apa. Sebab mereka masih lagi memegang kuasa. Itu saja. Tunggu Pilihan Raya Umum ke-13 nanti, insya-Allah, rakyat akan tunjukkan siapa sebenarnya yang berkuasa? Umno atau rakyat?
Jangan bimbang! Sulaiman bimbang kerana katanya sejak PAS bekerjasama dengan PKR dan DAP dalam Pilihan Raya Umum ke12, tidak kedengaran lagi PAS bercakap mengenai perjuangan untuk menegakkan negara Islam.
Jangan kita jadi orang berfikiran sempit. Lihatlah misalnya apa yang dibuat oleh Lim Guan Eng di Pulau Pinang. Pernahkah kita terfikir sebelum ini bahawa pemikiran tentang keadilan dan keberkesanan pemerintahan Umar Abdul Aziz akan diperkatakan dan dilaksanakan oleh seorang Cina kafir dari parti DAP yang terkenal dengan anti-Islam itu? Tak pernah kita terfikir pun!
Dan kalau ditanya siapakah yang kita akan pilih untuk menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang antara Lim Guan Eng itu, dengan mana-mana pemimpin Umno, misalnya Khir Toyo, atau Nazri Aziz, atau Ali Rustam? Mana yang kita nak pilih? Tentu kita akan pilih Lim Guan Eng, bukan?
Secara tidak kita sedari, idea negara Islam atau pemerintahan Islam itu akan menjadi kenyataan suatu hari nanti, tanpa mesti kita laung-laungkannya dengan penuh semangat hingga boleh menakutkan orang-orang bukan Islam.
Jadi, jangan bimbang dan jangan takut kepada Cina dan India semata-mata kerana mereka itu Cina dan India. Tuhan yang sengaja ciptakan manusia ini berbangsa-bangsa. Semuanya sama sahaja. Hanya taqwa di dalam hati kita yang membezakan.
Walaupun Lim Guan Eng itu bukan Islam, namun apabila dia menunjukkan ciri-ciri Islam dalam perwatakan dan pentadbirannya, marilah kita menyambutnya dengan berlapang dada dan berbaik sangka.
---- Penulis boleh dihubungi dengan emel dinsman_49@yahoo.com.myAlamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya atau SMS 0136362408 _
Posted at 08:57 am by kasih_honey
Permalink
Jun 4, 2009
Jalani hidup dengan apa dan seadanya
Keadaan dunia ini pada dasarnya saja kelihatan penuh dengan nikmat, banyak pilihan barangan dan benda, penuh rupa dan warna begitu juga yang terdapat pada sekalian semua Wanita yang ada dalam rangkaian sosial ini. Semua itu bercampur-baur dengan kecemasan dan kesulitan hidup. Dan kita semua adalah sebahagian daripada dunia yang sentiasa dalam kecemasan dan kesukaran!
Kita tidak akan pernah menjumpai seseorang yang baik pada dirinya sendiri, ayah dan ibunya, isteri dan anak-anaknya, saudara-maranya, rakan-rakannya yang tidak terdapat pada dirinya sesuatu yang menyulitkan. Bahkan, justeru pada setiap hal itu terdapat sesuatu yang buruk dan tidak anda sukai. Maka dengan itu, padamkanlah panasnya keburukan pada setiap hal itu dengan dinginnya kebaikan yang ada padanya. Itupun kalau anda mahu selamat dengan adil dan bijaksana. Setiap kelukaan ada harganya!
Cubalah tanyakan diri anda; ˇ°apakah yang mengganggu Fikiran dan Perasaan anda yang tidak dialami juga oleh orang lain?ˇ±
Kamu memikir dan merasakan Kematian, berjuta lagi juga turut sama ber-Fikir dan merasakannya terhadap diri mereka.
Kamu memikir dan merasakan kesusahan, berjuta juga lagi ada yang susahnya lebih dahsyat daripada hidup kamu sendiri.
Kamu memikir dan merasa hendak menjadi Kaya, si Fakir dan Pengemis dijalanan pun tahu ber-Fikir dan berperasaan bagaimana; ˇ°jika dia seorang yang Kaya?ˇ±
Yang menjadi persoalannya disini adalah; ˇ°Bagaimana kamu ber-Fikir dan ber-Perasaan terhadap Allah SWT, agama-Nya dan Rasul-Nya?ˇ± cubalah sediakan jawapannya dari sekarang!
Allah menghendaki dunia ini sebagai tempat bertemunya 2 hal yang Sepadan dan Bertentangan sebagaimana yang ditemui baik dalam Hukum Sains Kimia mahupun Fizik, begitu juga dengan Hukum Alam Semesta dan Wahyu. Dua hal atau perkara yang mengandungi padanan dan penentangan, baik dan buruk, kebahagiaan dan kesedihan dsbnya. Setelah itu, Allah akan mengumpulkan semua yang baik dan bahagia itu didalam Syurga. Adapun yang buruk dan bersedih, dikumpulkan semuanya didalam Neraka.
ˇ°Dunia adalah terlaknat. Semua yang ada didalamnya terlaknat, kecuali zikir (ingat) kepada Allah, perbuatan dan amal yang dicintai Allah, dan sesuatu yang dapat mendekatkan diri setiap hamba kepada-Nya, serta orang yang berilmu atau orang yang mempelajari ilmu yang bermanfaat.ˇ± (Al Hadith)
Maka, jalanilah hidup ini sesuai dengan kenyataan yang ada, berperibadi seorang muslim. Hadapi hidup ini apa adanya. Kawallah Jiwa (ROH) anda untuk dapat menerima dan menikmati segala kebaikan dan keburukan didalamnya. Bagaimanapun, tidak semua teman tulus dan jujur kepada anda dan semua perkara adalah sempurna dimata anda.
Bahkan, isteri anda pun tidak pernah sempurna dimata anda lalu anda berasa hendak mengorat wanita lain sama pula!
ˇ°Janganlah seorang mukmin membenci wanita muslimah (yang menjadi isterinya,) kerana jika dia tidak menyukai salah satu perangai isterinya, tentu dia akan menyayangi perangainya yang lain.ˇ± (Al Hadith)
Sayugianya, kita merapatkan barisan, menyatukan langkah, saling memaafkan dan sentiasa berdamai, mengambil mudah hal-hal yang mudah kita lakukan, meninggalkan hal-hal yang menyulitkan, menutup mata dari beberapa hal dalam beberapa waktu, meluruskan langkah dan mengesampingkan berbagai hal-hal yang mengganggu.
Posted at 08:21 am by kasih_honey
Permalink
Jun 3, 2009
Country Doctors A young doctor had moved out to a small community to replace a doctor who was retiring. The older gent suggested the young one accompany him on his rounds so the community could become used to a new doctor.
At the first house a woman complained, "I've been a little sickto my stomach." The older doctor said, "Well, you've probably been overdoing the fresh fruit. Why not cut back on the amount you've been eating and see if that does the trick?"
As they left the younger man said, "You didn't even examine that woman. How'd you come to your diagnosis so quickly?"
"I didn't have to. You noticed I dropped my stethoscope on the floor in there? When I bent over to pick it up, I noticed a half dozen banana peels in the trash. That was what was probably making her sick."
"Huh," the younger doctor said, "Pretty clever. I think I'll try that at the next house."
Arriving at the next house, they spent several minutes talking with an elderly woman. She complained that she just didn't have the energy she once did. "I'm feeling terribly run down lately."
"You've probably been doing too much work for the church," the younger doctor told her. "Perhaps you should cut back a bit and see if that helps."
As they left, the elder doc said, "Your diagnosis is almost certainly correct, but how did you arrive at it?"
"Well, just like you at the last house, I dropped my stethoscope. When I bent down to retrieve it, I noticed the preacher under the bed."
Posted at 09:20 am by kasih_honey
Permalink
Jun 2, 2009
Behind every SUCCESSFUL woman, there is a SATISFIED man,
but behind a SATISFIED woman there is an EXHAUSTED man.
Posted at 09:15 am by kasih_honey
Permalink
Jun 1, 2009
What's common between the sun & women's underwear? a) Both are hot
Both look better while going down c) Both disappear by night.
Posted at 08:17 am by kasih_honey
Permalink
May 31, 2009
Baik-baik menanam selasih Jangan menimpa sipohon sena Baik-baik memilih kekasih Jangan sampai badan merana
Posted at 09:16 am by kasih_honey
Permalink
May 30, 2009
Jangan suka mendedah tubuh Jadilah seperti jagung, jangan seperti gajus. Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan gajus mempamerkan bijinya yang cuma satu.
Setia terhadap pasangan Jadilah seperti pohon pisang. Pohon pisang kalau berbuah hanya sekali seumur hidupnya.
Kecantikan dalaman Jadilah seperti durian, jangan seperti kedondong. Durian walaupun di luarnya penuh kulit yang tajam, tetapi di dalamnya lembut dan manis. Berbeza dengan kedondong, di luarnya mulus dan berkilat, tetapi di dalamnya ada biji yang berduri.
Jaga kesucian dalam bergaul Jadilah seperti sengkuang, walaupun hidup dalam tanah dan selut, tetapi umbinya tetap putih bersih.
Selalu bertindak adil Jadilah seperti tandan petai, bukan tandan rambutan. Tandan petai membahagi makanan sama rata ke biji2nya, semua seimbang, tidak seperti rambutan, ada yang kecil ada yang besar.
Semakin tua semakin bijaksana Jadilah seperti cili. Semakin tua,semakin pedas.
Jangan bermuka-muka Jadilah seperti buah manggis. Buah manggis bisa diteka isinya dari bahagian bawah buahnya.
Posted at 09:02 am by kasih_honey
Permalink
May 29, 2009
Life is too short so,
follow some rules: 4give quickly believe slowly hope truly laugh loudly & never avoid anything dat makes u smile!!
Posted at 07:33 am by kasih_honey
Permalink
May 28, 2009
Senarai Terkaya Forbes Asia Malaysia 2009
KUALA LUMPUR: Tan Sri Robert Kuok, peneraju Kumpulan Kuok, kekal sebagai rakyat Malaysia terkaya dengan nilai bersih AS$9 bilion, turun daripada AS$10 bilion setahun lalu, demikian menurut Senarai Terkaya Forbes Asia Malaysia 2009.
Dalam satu kenyataan di sini, hari ini, Forbes berkata, Kuok menduduki tempat itu setiap tahun sejak Forbes Asia memulakan ranking 40 rakyat Malaysia terkaya pada 2006.
Ahli perniagaan, Tan Sri Ananda Krishnan, menduduki tempat kedua dengan nilai bersih AS$7 bilion, turun daripada AS$7.2 bilion pada tahun lalu. Beliau juga mengekalkan ranking yang sama setiap tahun sejak 2006.
Secara bersama, Kouk dan Ananda mencatatkan 44 peratus daripada kekayaan teratas 40 rakyat Malaysia terkaya.
Mereka juga manusia terkaya di Asia Tenggara.
Rakyat Malaysia ketiga terkaya ialah Tan Sri Lee Shin Cheng, Ketua Kumpulan IOI, salah satu peneraju pengendali ladang kelapa sawit terbesar dunia.
Beliau bernilai AS$3.2 bilion, turun daripada AS$5.5 bilion pada tahun lalu tetapi mengekalkan kedudukannya di tempat ketiga.
Empat puluh orang rakyat Malaysia terkaya yang disatukan bernilai AS$36 bilion, turun daripada AS$46 bilion setahun lalu.
Ia menyatakan kemerosotan 22 peratus kekayaan itu sebahagian besarnya disebabkan sejajar dengan penurunan 21 peratus di Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) dan tidaklah buruk sangat, jika diambil kira ringgit Malaysia turun 10 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat, nilai mata wang yang digunakan bagi ukuran itu.
Malaysia mempunyai sembilan orang bernilai berbilion dolar yang secara bersama bernilai AS$30 bilion atau 84 peratus daripada keseluruhan kekayaan yang dihimpunkan oleh 40 orang terkaya di negara ini.
Ia adalah perbezaan kekayaan terbesar di dalam senarai terkaya Forbes Asia.
Tan Sri Vincent Tan (ranking 10, AS$750 juta) dari Berjaya Corporation Bhd adalah satu-satunya rakyat Malaysia yang terkeluar daripada ranking mereka yang memiliki kekayaan berbilion dolar dalam tempoh 12 bulan lalu kerana harga saham syarikatnya merosot.
Tiga orang yang memasuki kumpulan terkaya itu ialah anggota Lembaga Pengarah IOI, Chan Fong Ann (ranking 18, AS$209 juta), tauke judi, Tan Sri Chen Lip Keong (ranking 21, AS$195 juta) dan eksekutif perisian, Goh Peng Ooi (ranking 34, AS$112 juta).
Empat orang menyertai semula kumpulan itu selepas terkeluar selama setahun atau lebih.
Antara mereka ialah Tan Sri Syed Mohd Yusof Tun Syed Nasir (ranking 37, AS$100 juta) dan Tan Sri Tan Teong Hean (ranking 39, AS$95 juta), yang menjual saham Southern Bank beberapa tahun lalu dan kini membuat pelaburan baru.
Terbitan terbaru Forbes Asia turut menonjolkan Tan Sri Francis Yeoh, peneraju konglomerat YTL (ranking tujuh, AS$1.8 bilion).
Senarai penuh rakyat Malaysia terkaya dan cerita mengenai Francis Yeoh boleh diperolehi pada terbitan 8 Jun, Forbes Asia, yang boleh diperolehi di kedai-kedai buku. - Bernama
Posted at 07:44 pm by kasih_honey
Permalink
Beautiful flowers dieˇ. Nice stories endˇˇ Lovely songs fadeˇˇ.. .. Momeries are forgottenˇ .. All things comes to endˇ.. But people like YOU always remain forever
Posted at 07:30 am by kasih_honey
Permalink
|