Jun 14, 2009
Khasiat pelukan

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.
Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

``Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

``Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,'' katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks:
Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit' di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a..w.

Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

``Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,'' katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.

``Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,'' kata Fadzilah.

P.s: ada sebabnya Nabi SAW menggalakkan ummatnya berkahwin... )

Posted at 08:03 am by kasih_honey

malaysia web design
July 3, 2009   12:30 PM PDT
 
AKU PUN PERNAH DENGAR CERITA NI
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry



kasih_honey
Female
Malaysia
IIrresistible
RRare
EExciting
NNaughty
EExplosive
SSpecial
UUnusual
EEnergetic

   

<< June 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30



Newspapers

Other Links




Hangman

View My Stats
Free Music
Free Music
Free Music

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed