Merenunglah dan Bersyukurlah
Setiap manusia seharusnya selalu mengingati nikmat yang Allah kurniakan kepada mereka, dengan tidak menjadi Bodoh lagi Dungu. Kerana, nikmat-Nya meliputi dari rerambut hingga ke bawah kedua telapak kaki, kesihatan badan, keamanan negara, hutan belantara, udara dan air, serta banyak lagi lainnya adalah nikmat yang telah diberikan Allah kepada kita.
¡°... sekiranya kalian menghitung nikmat-nikmat Allah, nescaya kalian tidak akan dapat menghitungnya!¡± (QS Ibrahim: 34)
Demikian besar nikmat Allah yang telah dianugerahkan kepada kita. Dunia ini, beserta apa yang ada didalamnya diciptakan Allah untuk sekalian manusia, tetapi kebanyakan kita tidak pernah menyedari atau mengambil peduli akan keterangan itu, kita menguasai kehidupan tetapi kebanyakan kita suka bersikap Bodoh lagi Dungu sepanjang MASA!
¡°Dia telah memberikan nikmat-nikmat-Nya secara sempurna kepada kalian, baik yang zahir mahupun batin...¡± (QS Luqman: 20)
Kamu masih mempunyai 2 mata, 2 telinga, 2 lubang hidung, 2 tangan dan 2 kaki.
¡°Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu hendak dustakan?¡± (QS Ar Rahmaan: 13)
Apakah kamu mengira bahawa, berjalan dengan kedua kaki itu merupakan sesuatu yang biasa, sedang ramai juga yang tidak berkaki? Apakah nikmatnya tidur bermimpi akan kecantikan para wanita yang ada seluruh dunia ini, sementara ramai lagi yang tidak boleh tidur kerana masalah hutang, wang ringgit dan penyakit!? Pernahkah kamu merasa nista ketika menikmati makanan yang lazat dan minuman yang membasahkan tekakmu, sementara begitu ramai sekarang ini yang tidak dapat makan dan minum oleh kerana penyakit dan kesakitan dalam hospital seluruh Malaya ini?
Renungkanlah saja, betapa besar nikmat yang kamu sedia ada ini. Mempunyai komputer dan internet untuk boleh melihat kecantikan ramai wanita dan lelaki lain yang sudah dan belum berkeluarga. Perhatikan sedalamnya fungsi Otak kamu! Kamu masih belum Gila, hanya baru dikatakan Bodoh lagi Dungu, pun tidak mahu juga bertaubat!
Kecewa, marah, sedih, benci, geram hanya kerana kemesraan sumbang kalian terbongkar dan terhalang oleh kerana sebuah blog yang mengandungi teguran dan nasihat. Sudah tiada siapa yang menegur kalian selama ini makanya seluruh muslim yang ada dalam rangkaian ini percuma je menanggung dosa melihat dan membiarkan kemungkaran kalian! Pi lah tanya kat semua, mahu ke dosa percuma? Ia bukan soal hendak menyelak kain sesiapa, ia persoalan akidah dan nasihat kepada semua!
¡°Pada diri kalian terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah. Apakah kalian tidak memperhatikannya?¡± (QS Adz Dzariyat: 21)
Lihat diri anda, keluarga anda, rumah, pekerjaan, kesihatan dan dunia sekeliling anda. Dan janganlah termasuk didalam golongan;
¡°Mereka mengetahui bahawa semua nikmat yang ada berasal dari Allah, tetapi mereka mengingkarinya...¡± (QS An Nahl: 83)
Mengingkarinya dengan sesaja menjadi Bodoh lagi Dungu, oh, ianya sangat merugikan sekali. Mulakanlah dengan memupuk kemesraan dan kasih sayang terhadap sekalian ahli keluarga kita, barulah yang lain akan menyusul, effortlessly.
Selamat menikmati hidup dengan Barakah dari Allah SWT.
Posted at 08:27 am by
kasih_honey